TENTANG MATTAC

Home – Tentang MATTAC

3

Fokus Utama

TENTANG MATTAC

Memperkasa Seni, Budaya & Pelancongan Malaysia

Koperasi Khazanah Seni Budaya dan Pelancongan Malaysia Berhad (MATTAC) memberi tumpuan kepada pembangunan jaringan anggota dalam bidang seni budaya dan pelancongan. MATTAC menghimpunkan potensi anggota melalui aktiviti seni budaya, pelancongan, acara serta pembangunan modal insan.

Objektif Koperasi

Membantu Kerajaan mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia yang kaya dengan seni budaya dan perkampungan sejagat, disajikan dengan adat budaya dan seni kulinari pelbagai bangsa.

Faedah Kepada Anggota

Penubuhan koperasi adalah organisasi penting bagi memberi faedah dari segi ekonomi dan sosial kepada anggota terutama dari segi menggalakkan produk-produk seni budaya dan menggabungkan seni kulinari dan gastronomi dalam acara dan festival pelancongan.

Fokus Kami

MATTAC memberi tumpuan kepada pembangunan jaringan anggota, penganjuran acara dan festival serta pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan pelancongan.